Tuesday 31 March 2009





aKhiR kALaM tEnTanG sEoRaNg SaMsiNa



Dr. Samsina atau ANISMAS AR merupakan seorang penulis yang berbakat besar dalam bidang penulisan dan beliau juga merupakan wadah utama untuk merealisasikan bidang ini agar bergerak seiring dengan pembaharuan dalam ilmu penulisan dan juga kesusasteraan.
Pengalaman-pengalaman yang beliau perolehi sudah tentu dapat membantu penulis-penulis muda yang baru ingin menapak dalam bidang ini. Selain itu, hasil karya yang dicipta juga secara tidak langsung dapat membantu dari segi pembentukan sahsiah dan pemikiran masyarakat sejagat.
Bukan itu sahaja, sumbangan-sumbangan yang telah dicapai oleh ANISMAS AR sekaligus dapat memartabatkan mutu bahasa dan membantu dalam proses pembentukan sesebuah bahasa kerana bahasa adalah jiwa bangsa.